Selasa, 09 Oktober 2007

(IKATAN HATI)

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumimu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahmu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
Syariatmu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Terangkanlah dengan cahayamu
Tiada malap terangi alammu

Hidup suburkanlah dengan makrifatmu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia…



Mirwana - Hikmah Kembara

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya…
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.

Satu titis airmata menyapa air mata satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Kamu siapa pula?"

Jawab titis air mata kedua "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu pergi dengan begitu sahaja".

"Ya Allah,kalau benarlah dia diciptakan oleh Mu khas untukku, maka pertemukanlah kami & satukanlah hati hati kami dengan ada batas batas syariat yang ditetapkan olehmu..Tapi andaikata dia bukan untukku,buangkanlah perasaan ini jauh jauh & tunjukkanlah padaku jalan yang sebenarnya Ya Allah.."

Amin

Ya Allah
tetapkanlah imanku
iman kaum kerabatku dan iman keturunanku
supaya aku sentiasa berada di dalam perlindungan Mu.
Jadikanlah kami ini tergolong dalam golongan yang sentiasa cintakan Mu setiap nafasku.
Jauhkanlah kami daripada mereka-mereka yang berniat ingin menganiaya kami baik secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Semoga kami di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu

Amin Ya Rabbal A'Lamin

Terima Kasih Tuhan ~ Mawaddah ~
Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal Alamin Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin Maafkanlah Aku
Apabila terjadi sesuatu masalah pd diri kita, kita selalu cuba utk menuding pd org lain utk mencari kesalahan org lain, tk nak melihat kelemahan diri sendri dahulu.. org slalu ckp bile 1 jari menuding kesalahan org, ade 4 lg jari menuding pd diri sendri.. oleh itu, sebelum mencari kesalahan org lain, kita kena meletakkan satu button dlm diri ini yaktu berfikir + bersabar..dgn itu kita boleh  menilai baik buruk sesuatu perkara dan merima sgala yg terjadi seadanya dan akan mencari jalan yg terbaik utk memperbaiki keadaan...

Keempat-empat khalifah Islam yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Syd. Abu Bakar ra. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon sega


jiwang karat II
Mac 2006

Rabbi,
Redakan resah dalam hati ini
Damaikan jiwa yang bergejolak
Tenangkan hati yang dirundung gelisah
Tabirkan rindu yang kian menggebu
Kerana semua belum waktunya
----------------------------------------------------------------

Satu hari di bulan April,2006- 23

Betapakah aku merindukannya
Sampai dia hadir di alam bawah sedarku
Mengalunkan surat cinta Kekasih kami
Dan suara puji-pujian untuknya
Hingga menitis air mataku

Sebegitu rindukah aku pada dia?
Lalu bagaimana rinduku padaMu
------
Petang itu aku bermimpi tentang dia. Mimpi yang aneh. Aku tak melihat wajahnya, hanya suara. Suara yang sangat aku kenal. Mengalun sangat indah. Aku terjaga dengan senyum di bibir. Dan azan asar pun berkumandang.

----------------------------------------------------------------

Saat aku jatuh cinta
Aku ingin terbang cepat
Hingga syaitan tak sempat hinggap
-anonim-
Ya Allah
Seandainya rindu ini suci…titipkanlah
Seandainya ukhuwah ini kudus…panjangkanlah
Seandainya luka ini berhikmah…biarkanlah
Seandainya ingatan ini berfaedah…teruskanlah
Aku damba keredhaanMu
Aku tidak tahu apa yang terbaik untukku
Tunjukkan aku…suluhi aku dengan nur hidayahMu
Yang mengobati resah dan lukaku
Moga aku dapat kembali mendekap cintaMu
Engkau sebaik tempat mengadu
Engkaulah yang Maha Mengetahui bisikan hati
Limpahkan ketenangan dalam hati kami
Amin…Ya Rabbal alamin

----------------------------------------------------------------

7/Jun/06

Rindu ini tak terperi
Menyiksa hati
Rabbi…
Sudah sekian purnama
Ku kira rasa itu akan berlalu jua
Nyatanya
MahuMu di luar dugaanku
Sungguh aku tak kuasa

----------------------------------------------------------------

8/Jun/06

Wahai rasa yang menguasai hati
Ku mohon
Pergilah
Pergilah
Pergilah
Pergilah
Pergilah
Dan rasa bertanya kenapa
Kerana saat hari itu tiba
Sang Khaliq akan bertanya
Seberapa besar hatiku untukNya
Lalu celakalah aku
Jika hatiku lebih besar untuk dia
Dibanding untuk Dia

----------------------------------------------------------------

15/Jun/06

Aku merindukannya
Disetiap hembusan nafasku
Aku menginginkannya
Disetiap denyut nadiku

Aku memikirnya
Disetiap gerak langkahku
Aku memimpikannya
Di tidur malamku

Sungguh
Rasa ini menyiksaku
Semakin aku mengusirnya pergi
Semakin kuat terpatri dihati

Pergilah wahai rasa yang mendera jiwa
Pergilah jauh
Jauh dari ku
Ku mohon…….

----------------------------------------------------------------

16/Jun/06

Malam yang indah
Bulan terang memancar sinarnya
Walau wujudnya hanya separa
Tanpa awan
Langit membuka tabirnya
Bintang berkilauan menghias angkasa
Indah..
Bersama semilir angin dingin
Menusuk tulang belulang
Perih..

Seperti itulah rasa yang mencekam hatiku
Tak terubati
----------------------------------------------------------------

18/Jun/06

Aku lelah mencintai lelaki yang belum aku nikahi. Ingin ku cabik-cabik hati ini, supaya rasa itu hancur dan pergi. Tapi cinta itu anugerah Ilahi. Aku tahu, dan sangat tahu. Cinta menjadikan aku manusia seutuhnya. Tapi jatuh cinta pada lelaki yang belum sah menjadi milikku adalah salahku sendiri. Aku yang tak menundukkan pandangan, aku yang tak menjaga lisan, aku yang sembarangan menebar senyuman.

Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
bidadariku
(Ayat-ayat cinta- Habiburrahman El Shirazy)

Aku ingin jadi seperti bidadari itu untuk suamiku. Mungkinkah????

aku yang jatuh cinta
aku tak tahu
apakah pesonanya yang begitu memikat
atau akalku yang tak di tempat
ketika dua hati menyatu-seismic
saat dua hati berjanji
untuk arungi hidup dijalanNya
Allah kan berkahi mereka
kala dalam doa
kala dalam asa

menjadilah mentari bening pagi
terangi bumi terangi hati
menjadilah keheningan alam
kala berjuta insan larut dalam doa

selamat datang kawan
di dunia mu yang baru
ku doakan semoga bahagia
"Syurga Rumahtangga"


Hayati.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal....
Semoga yang baik dapat kita contohi bersama......

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa
Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan pada
hati"
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'


renungkanlah... :roll:

IBU

INILAH MASANYA
JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS
DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Ya Allah, Jadikanlah Aku Orang Kaya

Ya Allah...
Jadikanlah aku orang kaya
agar ku dapat ulurkan cinta bagi tatapan penuh harap
agar ku dapat siramkan kesejukan bagi bibir yang mengering
bagi harapan yang mungkin telah gersang
sehingga mimpi pun mungkin enggan singgah di sana

Ya Allah...
Jadikanlah aku orang kaya
yang selalu peduli pada tangis dan jeritan hati
yang tak pernah usai bertanya di mana lagi saudaraku yang butuh uluran kasih

Ya Allah...
jadikanlah aku orang kaya
yang memiliki hati seluas samudera
yang memiliki senyum seindah bunga di taman cintaMu

Namun Allah...
Jika aku tak Kau takdirkan jadi orang kaya
biarkanlah hatiku yang menjadi kaya
hati yang tak pernah merasa kekurangan
hati yang selalu tergerak untuk berbagi
hati yang tak pernah henti menebarkan cinta

Ya Allah...
jadikanlah aku orang kaya
orang kaya yang selalu melangkah di jalanMu

Amiin...



Musafir Kehidupan
Dec 21, '06 9:47 PM
for everyone
Aku adalah derap
sebentuk asa yang kurangkai jadi mimpi
pelabuhan yang lama kusiapkan
dengan dermaga dan perahu beserta pantai yang mendebarkan

Aku adalah jejak
derap yang menghendak hingga kau menatap
dan Dia memberi setitik cahaya
sebentuk kekuatan yang membuatku berdiri tegak
melangkah pasti dan meninggalkan prasasti

Aku adalah langkah
seulas senyum yang kusiramkan ke taman hati
taman yang membuat dunia bagai pelangi
taman yang penuh asa dan mimpi-mimpi

Aku adalah musafir
pengelana yang tak pernah usai mengayuh di lautan kehidupan




"Butuh banyak keberanian untuk berubah, apalagi berubah dari sebuah kemapanan. Tapi aku harus mencoba!"


Ramadhan di Hatiku
Oct 15, '06 10:05 PM
for everyone
Ya Allah...
jangan Kau biarkan ramadhan hanya singgah di lapar dan hausku
biarkan ia menyusup ke relung hatiku
bersemayam di sana dan tak pernah pergi lagi hingga akhir hayatku

Ya Allah....
jadikanlah hatiku sebening telaga dari surgaMU
demikian beningnya sehingga ia tak pernah berpaling dari menatapMu
biarkan setetes airnya bergulir di pipiku, membasahi mata, hati, pikiran dan seluruh tubuhku yang selama ini penuh noda

Ya Allah...
ramadhankanlah hatiku
jernihkanlah mata hatiku sehingga kudapat menikmati cintaMu yang Maha Tulus

Amiin....

0 komentar: